Jumat, 01 Mei 2009

dari BRUNEI 'jangan sombong


Sombong atau bongkak:

Sombong atau bongkak merupakan sifat yang dikeji dalam pandangan syara‘. Firman Allah Ta‘alayang tafsirnya : “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.” (Surah An-Nisaa’, ayat 36)


Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta‘ala menegaskan bahawa orang yang sombong itu tidak mampu untuk mencintai saudaranya yang beriman sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri, dan tidak mampu untuk merendahkan dirinya. Sedangkan merendahkan diri itu punca bagi akhlak orang-orang bertaqwa. Orang yang sombong itu tidak dapat menjauhi perasaan dendam kesumat, sentiasa tidak dapat bercakap benar, tidak dapat meninggalkan sifat suka marah, tidak dapat menguasai dirinya untuk menahan kemarahan, tidak dapat menjauhi hasad dengki, tidak sudi mendengar nasihat yang baik, bahkan tidak mahu mendengar nasihat sama sekali. Tabiatnya juga, suka merendahkan orang lain dan mengumpat.

Jika demikian halnya orang yang sombong itu, maka tidak diragukan lagi kesannya terhadap hubungan persaudaraan akan menjadi renggang. Ini adalah disebabkan wujudnya dalam diri orang yang sombong sifat tinggi diri dan sentiasa melihat rendah terhadap orang lain. Maka sudah tentu tidak akan wujud perasaan kasih sayang dan suasana hormat menghormati antara satu sama lain. Wassalam ..............http://www.brunet.bn

Tidak ada komentar: